Penyanyi veteran, Ramlah Ram memberitahu dia tidak kisah jika dirinya dilabel sebagai penyanyi TikTok kerana kerap tampil di platform berkenaan.
Menurut Astro Gempak, Ramlah berkata dia akui dirinya lebih aktif menyanyi di media sosial berbanding dahulu yang sering melakukan persembahan di atas pentas.
Saya tak kisah kalau ada orang nak cakap saya penyanyi media sosial kerana bagi saya kita semua ikut peredaran zaman dan saya sebenarnya gembira dengan apa yang saya lakukan.
Memang saya akui saya sekarang banyak menyanyi terutama di TikTok. Setidak-tidaknya peminat boleh lihat atau ikuti perkembangan saya.
Tiada apa yang salah atau nak dimalukan sebab memang zaman sekarang platform sebegini ramai yang gunakan. Bukan saya sahaja.
Penyanyi ‘Sesaat Kau Datang’ itu turut memberitahu jika berkelapangan dia akan melakukan siaran langsung (live) untuk menghiburkan dirinya bersama peminat.
Tiada apa yang pelik saya rasa. Sekurang-kurangnya kita sebagai penyanyi boleh bersembang dengan peminat kita.
Dia turut berkata menyanyi di TikTok merupakan sumber rezeki buatnya dan menerusi platform itu, dia dapat menjadikan peminat terus mengingatinya dan mengubat kerinduan dirinya sendiri dalam nyanyian.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah