Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Apa Yang Perlu Disesalkan Termasuk Gelaran Janda – Bella Dally

Siapa yang tidak sedih sekiranya perkahwinan yang diimpikan untuk kekal ke akhir hayat telah pun berakhir pada semuda 27 tahun, Status janda yang dipegang pada usia semuda itu sudah tentu sedikit sebanyak membebankan buat bahu yang memikul, namun buat Bella Dally yang telah bercerai dengan Nazim Othman baru-baru ini, semuanya itu dianggap satu hakikat yang tidak boleh diubah. Kini adalah masa untuk Bella Dally memberi fokus kepada sendirinya sahaja dan berhenti menangis serta bersedih atas nasib yang menimpa dirinya.

bella dally

Advertisement

Kalau dahulu, status janda adalah satu gelaran yang menakutkan dan dipandang hina oleh segelintir masyarakat. Namun kini ia merupakan satu lumrah. Malah boleh dikatakan pasaran janda lebih hangat dan “on demand” berbanding anak dara. Mungkin satu hari nanti Bella Dally akan bertemu jodoh yang kekal buat selamanya, yang akan mencintai dirinya seadanya.

Apa pun Abang Nara suka dengan kata-kata yang dituturkan oleh Bella. Jelas menunjukkan kematangan dan ketenangan pemikirannya. Kata Bella:-

Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan. Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Lagipun saya kini sudah tidak bersuami, jadi perlu lebih kuat untuk mencorak kehidupan sendirian selepas ini.

Saya masih muda dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang. Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain. Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Kita kena yakin dengan qada dan qadar Tuhan dan tidak perlu meratap berlebihan. Memang semua orang akan sedih apabila berlakunya perpisahan, namun kita juga perlu buktikan ia bukanlah satu penamat dalam hidup. Sebagai wanita, kita perlu bangkit dan yakin bahawa pasti ada perkara lebih baik untuk menanti di luar sana

bella dally

Sesungguhnya sedikit sebanyak penceraian ini pasti mengguris hati Bella Dally. Namun jadikanlah ia satu pengajaran, teladan dan iktibar dalam kehidupan. Semoga apa yang dipelajari daripada kisah ini akan memandu Bella ke arah kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Pekerja Gomen

    June 4, 2018 at 11:18 am

    Aku pakai pc pun rasa semak giler dengan iklan ni…
    Tgh bayangkan kalau aku pakai phone…
    aku rasa aku pangkah je…. gi mampos la nak scroll2

  2. helo

    June 4, 2018 at 11:10 am

    you can do so much better without him Bella..there’s no need for this article..jgnla pakai ayat “nasib yang menimpa”..mcm malang no bunyinya..sbb kdg2 penceraian ni adalah suatu jalan yang terbaik..sekarang zaman janda/anak dara sama shj..ye..anak dara pun bukan tentu berdara..opss

  3. wawa

    June 4, 2018 at 11:07 am

    Nara terlalu tamak, nak baca komen 2 ketul ni pon. banyak betul iklan nak kena scroll.. dengan ini saya boikot sementara blog ni sampai nara tak jadi tamak sangat

  4. Anonymous

    June 4, 2018 at 10:56 am

    Tapi masa isi apa2 borang, bahagian status tulis : Janda
    jgn berfikir pjg jugak ye…jgn malu2..malu..
    Nanti masa di interview oleh majikan atau sapa je..mereka nk tahu semua ni tau.
    Ada anak ke, kenapa menjanda…ini kamu mesti standbye ye alasan.
    Sbb apa majikan tanya..”takut nnti dh di amek kerja, mcm2 alasan peribadi”..

    hehehehee

    • xyz

      June 4, 2018 at 12:02 pm

      berdosakah menjanda?

      pelik mentaliti masyarakat kita nih. Jadi janda macam berdosa, kalau u perempuan bila bila pun u boleh jadi janda juga kot, kalau u lelaki sok lusa anak sendiri jadi janda jangan nak heran pula.

    • melati

      June 5, 2018 at 11:08 am

      ‘Janda lagi Mulia dr ‘ (Khinzir.. bini no 2).& Neelofa…!!!

    • zyx

      June 4, 2018 at 12:11 pm

      Hehehe..betul u ckp..perkara ni yg sllu jadi isu bila dh dpt kerja..ponin kepalo den..bkn x kesian ngan janda ni..tapi..taulh janda yg byk ank..sejarah pekerja yg merumitkn..takat mcm Bella ni solo x pe jgk..Tu lh dlm form tu kena tulis betul2 janda atau Balu..ada beza tu..
      #siapamaujadijanda
      #berdoamogajanganjadijanda

    • abg nk tegur

      June 4, 2018 at 12:36 pm

      nanti kalau u jd janda byk anak tu cr abg ok.susah nk dpt keje nt

  5. melati

    June 4, 2018 at 10:45 am

    Ok lah… Janda lagi Laku dari Neelofa…!!!

    • Anonymous

      June 4, 2018 at 11:07 am

      Iklan2 dlm blog ni…..kena virus ke apa? Menyemak lah Nara!!!!

    • Anonymous

      June 4, 2018 at 11:08 am

      blog ni dah jadi sarang iklan2 porno. jenuh nk scroll… :((((

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama