Tiada Apa Yang Perlu Disesalkan Termasuk Gelaran Janda – Bella Dally

Hiburan

Tiada Apa Yang Perlu Disesalkan Termasuk Gelaran Janda – Bella Dally

Siapa yang tidak sedih sekiranya perkahwinan yang diimpikan untuk kekal ke akhir hayat telah pun berakhir pada semuda 27 tahun, Status janda yang dipegang pada usia semuda itu sudah tentu sedikit sebanyak membebankan buat bahu yang memikul, namun buat Bella Dally yang telah bercerai dengan Nazim Othman baru-baru ini, semuanya itu dianggap satu hakikat yang tidak boleh diubah. Kini adalah masa untuk Bella Dally memberi fokus kepada sendirinya sahaja dan berhenti menangis serta bersedih atas nasib yang menimpa dirinya.

bella dally

Advertisement

Kalau dahulu, status janda adalah satu gelaran yang menakutkan dan dipandang hina oleh segelintir masyarakat. Namun kini ia merupakan satu lumrah. Malah boleh dikatakan pasaran janda lebih hangat dan “on demand” berbanding anak dara. Mungkin satu hari nanti Bella Dally akan bertemu jodoh yang kekal buat selamanya, yang akan mencintai dirinya seadanya.

Apa pun Abang Nara suka dengan kata-kata yang dituturkan oleh Bella. Jelas menunjukkan kematangan dan ketenangan pemikirannya. Kata Bella:-

Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan. Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Lagipun saya kini sudah tidak bersuami, jadi perlu lebih kuat untuk mencorak kehidupan sendirian selepas ini.

Saya masih muda dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang. Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain. Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Kita kena yakin dengan qada dan qadar Tuhan dan tidak perlu meratap berlebihan. Memang semua orang akan sedih apabila berlakunya perpisahan, namun kita juga perlu buktikan ia bukanlah satu penamat dalam hidup. Sebagai wanita, kita perlu bangkit dan yakin bahawa pasti ada perkara lebih baik untuk menanti di luar sana

bella dally

Sesungguhnya sedikit sebanyak penceraian ini pasti mengguris hati Bella Dally. Namun jadikanlah ia satu pengajaran, teladan dan iktibar dalam kehidupan. Semoga apa yang dipelajari daripada kisah ini akan memandu Bella ke arah kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...