August 6th, 2018

Sekitar bulan Mei lalu, ramai yang terkejut apabila tersebarnya foto pelakon Uqasha Senrose yang dikatakan kelihatan ‘lalok’. Susulan itu, keluar pula berita pihak polis menemui 53 biji pil dadah jenis Erimin 5 didalam beg tangannya.

Ramai yang ingin tahu apakah perkembangan kes dadah berkenaan selepas pihak polis meneruskan siasatan walaupun Uqasha sebelum ini mendakwa dirinya disabotaj dan tidak berada dalam keadaan khayal semasa ditahan.

Menurut Uqasha kes dadah itu sudah pun ditutup dan beliau tidak mahu lagi memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Kes sudah ditutup dan semuanya sudah selesai. Sebenarnya, tiada apa yang berlaku pun. Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu. Kini, tiba masanya untuk saya fokus kepada kerjaya lakonan.

Semuanya bergantung pada pendirian kita. Saya juga akan menjauhkan diri dari perkara yang negatif. Kejadian yang berlaku turut mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga yang sentiasa menyokong.

Terdahulu, pihak polis menemui enam bungkusan aliminium berisi  dadah Eramin 5 tersebut dengan berat 14.47 gram dalam beg  tangan Uqasha selepas aktres itu terlibat dalam satu kemalangan. Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM660,  Uqasha dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan beliau direkodkan.

Sumber Berita : Harian Metro


21 responses to “Tiada Apa Yang Berlaku, Kes Dadah Dah Tutup – Uqasha Senrose”

  1. Gorges says:

    As a public figure, bila Ada kes polis nama dah terpalit. so klu dah di dakwa di mahkamah dan proven Not Guilty …. then umumkan la keputusan agar netizen tau you are innocent. Kes ni heboh se Malaysia. Di peringkat awal Ada perkembangan kes di akhbar. Lepas tu senyap saja ….,,tup tup kata kes dah tutup. Hmm netizen surely membawang buat Andaian.

  2. madhia says:

    tunjuk tetek kat polis lepaslahhh

Loading...