“Tiada Apa Nak Beritahu” – Dafi AF Hidap Kanser Darah?

Hiburan

“Tiada Apa Nak Beritahu” – Dafi AF Hidap Kanser Darah?

Dikaitkan dengan dakwaan menghidap kanser darah, penyanyi dan pelakon Dafi memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya memohon doa orang ramai agar dirinya terus sihat.

Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 37, turut menasihati peminat agar tidak terlalu bimbang dengan keadaan fizikalnya yang kini kelihatan semakin berisi.

Advertisement

Sebelum ini kecoh saya ambil bahan terlarang sebab terlalu kurus, sekarang berat dah naik sikit apa lagi orang nak cakap. Kalau ada yang rasa saya sakit, doa-doakan kesihatan saya. Buat masa sekarang saya tiada apa nak beritahu.

Sekarang semakin sihat, semakin bulat. Tiada apa yang merisaukan, setakat ini alhamdulillah tetapi teruskan doa saya sihat.

Ketika ditanya mengenai dakwaan dia kerap dilihat di hospital, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu menjelaskan tujuannya hanyalah bagi menjalani pemeriksaan kesihatan atau melawat ahli keluarga yang sakit.

Pergi ke hospital itu normal, kadang-kadang ada saudara-mara masuk sana atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.

Saya sendiri tidak sihat, ada asma. Jadi, untuk ke hospital bukan satu benda yang pelik. Secara general, saya pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan, itu pun setahun sekali.

Saya bersyukur dan berterima kasih ramai yang risau dan prihatin. Doakan kesihatan saya terus baik.

Tambah Dafi, dia kini lebih selesa dan gembira dengan penambahan berat badan kerana ia sedikit sebanyak meredakan kebimbangan orang sekeliling.

Terdahulu, perubahan fizikal Dafi yang kelihatan cengkung mencetuskan spekulasi negatif termasuk tuduhan menyalah guna bahan terlarang.

Namun, Dafi menepis dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa dia hanya mengamalkan diet seimbang serta kerap bersenam demi kesihatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

raja ema
3 weeks ago

"Jangan Lupa Adab" - Bekas Suami Sedang Sakit Tenat, Raja Ema Didakwa Larang Anak-Anak Jumpa Bapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...