Kontroversi status perkahwinan pempengaruh, Marissa Dania Hakim dan pasangannya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid selesai selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan di Thailand pada 27 Disember 2023 sah dari segi hukum syarak.
Alhamdulillah, kes sudah selesai. (Pernikahan) ini memang sah.
Memetik laporan Kosmo! Online, kata petugas penghantaran itu, perkahwinan mereka sememangnya sudah sah, malah prosiding dijalani adalah bagi mendapatkan pengesahan undang-undang di Malaysia.
Saya tiada apa-apa lagi yang nak dikatakan. Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Mahkamah pun sekarang dah sahkan pernikahan kami.
Isterinya yang juga merupakan anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim hanya membatukan diri tanpa memberikan sebarang respons berhubung pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand.

Pada prosiding hari ini, Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat mengesahkan pernikahan pasangan terbabit selain meluluskan permohonan pernikahan poligami luar negara tanpa kebenaran mengikut seksyen 23 (1A).