Tiada Apa Antara Saya & Syarul Ridzwan – Mia Ahmad

Hiburan

Tiada Apa Antara Saya & Syarul Ridzwan – Mia Ahmad

Walaupun mendapat kritikan yang agak hebat di laman sosial, drama Hati Perempuan tetap ada pengikutnya yang tersendiri. Ramai juga yang bersedih kerana tidak dapat lagi melihat kelibat Yuhanis dan Tengku Zarul. Seperti drama-drama yang sebelum ini, para peminat masih mengharapkan watak hero dan heroin di dalam sesebuah drama turut sama bercinta di dalam kehidupan sebenar. Fanatik sungguh. Namun itulah impak lakonan yang nampak begitu ‘real’ dan hidup.

mia ahmad

Advertisement

Walaupun Syarul Ridzwan sudah pun menafikan gosip percintaan antara dirinya dengan Mia Ahmad, namun masih ramai yang berharap agar mereka bercinta seperti di dalam drama Hati Perempuan. Tidak mahu terus dibelenggu persoalan ini, kali ini giliran Mia Ahmad tampil membuat penafian. Katanya:-

Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa apapun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV serta di luar skrin apabila sama-sama mempromosikan drama berkenaan.

Tiada apa antara kami. Tapi saya selesa bekerjasama dengannya. Dia seorang yang baik. Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya

mia ahmad

Diharap dengan penjelasan ini, para peminat berpuas hati dan tidak lagi meng’kenen’kan Syarul dan Mia. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Tak lebih tak kurang. Kesian pula kat mereka berdua. Macam kena paksa bercinta semata-mata kerana peminat fanatik. Apa pun, diharap karier Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan akan berkembang pesat selepas Hati Perempuan. All the best and good luck. Sumber Berita Harian.
mia ahmad

P.S: Kejelitaan seorang wanita itu bermula dari dalam. Bukan luaran sahaja yang kena bersih dan harus dijaga. Bahagian dalaman pun kenalah dibelai dengan rapi. Tiada yang lebih sesuai untuk anda melainkan MANJA SIREH Hygenic Wash yang merupakan pencuci wanita terlaris di pasaran. Segar, wangi dan suci. Dah ramai yang mencuba dan berpuas hati. Layari  Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...