Pempengaruh dan juga anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan dirinya berhibur di sebuah kelab malam.
Tular sebelum ini sebuah video memaparkan Cik B sedang ber’party’ di sebuah acara seperti di kelab malam lengkap dengan DJ dan pencahayaan berwarna warni.
Susulan itu, Cik B menerima kecaman ramai namun segera tampil memberikan penjelasan.
Saya nak beri penjelasan, ini adalah rumah, kita ada pengcahayaan, artis tempatan, DJ dan ramai orang. Ini bukan kelab, dan tiada alkohol disediakan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen prihatin tampil memberi nasihat buat anak kesayangan DS Vida itu untuk berhati-hati memilih kawan dan tidak mudah terjebak dengan perkara lagha dan mudarat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.