April 7th, 2016

Ya, masih lagi mengenai isu video pelanggan berebut untuk koleksi terbaru tudung Fareeda. Meskipun bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi, Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi Utusan Online menjelaskan tidak pernah mempunyai niat untuk membuat satu gimik murahan.

Malah menurut Fizo, tidak berlakunya sebarang rusuhan ataupun berebut seperti yang digembar-gemburkan.

Buat Fizo segala tomahan dan kritikan itu bukanlah satu isu besar kerana mereka yang mengecam tidak berada di tempat kejadian.

Tidak, ia langsung tidak se­perti yang dihebohkan oleh mereka. Tidak ada adegan merusuh atau kecederaan. Apa yang berlaku, pada kami bukanlah satu isu yang besar pun. Bagaimanapun, saya percaya ada pihak yang cuba campur tangan sehingga perkara ini mendapat perhatian dengan cara yang salah.

Saya percaya mereka yang mengeluarkan komen di laman sosial itu sebenarnya tidak berada di sana sewaktu hari kejadian, jadi mereka hanya mengambil kesempatan untuk memanaskan keadaan.

Buat masa ini Fizo tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengkritik cara pihak Fareeda melayan pelanggan mereka.

Tidak mengapa, buat masa ini kita nantikan sahaja penjelasan lanjut daripada Fizo Omar bagi menjawab segala persoalan.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...