Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Adegan Berpeluk, Antara Syarat Bakal Suami Izara Aishah

Bagus betul kekasih hati merangkap bakal suami Izara Aishah ini. Syarat-syarat yang ditetapkan olehnya sebelum Izara menjadi isterinya memang wajar bagi pendapat Abang Nara. Iyerlah, hati suami mana yang tak panas sekiranya isteri tercinta dipeluk oleh lelaki lain. Memang terbakar jiwa raga.

izara aishah

Advertisement

Oleh kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya, Izara Aishah meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga. Kata Izara kepada Mstar Online:-

Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti. Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja.

Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini. Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja

izara

Lelaki sebegini memang sukar dicari. Abang Nara nasihatkan agar Izara tidak mensia-siakan percintaannya dengan kekasihnya. Memang ada value sebagai suami sejati. Nampak ada hala tuju dan begitu menyayangi bakal isterinya. Tahniah buat Izara kerana berjaya menjumpai seorang lelaki yang begitu mengambil berat dan bertanggungjawab ke atas dirinya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top