Pelakon yang popular dengan tagline ‘Kita Enjoy!’, Nora Danish baru-baru ini ada memuat naik sebuah video imbas kembali ketika menjadi model untuk sebuah syarikat telekomunikasi tidak lama dahulu.
Menurut Nora, video itu menjadi titik permulaan apabila dia dilamar pengarah Aziz M. Osman untuk berlakon setelah tampil dalam iklan tersebut.
View this post on Instagram
“Iklan Maxis yang buat Nora ke bidang lakonan selepas dilamar oleh abg Aziz M Osman. Kening zaman tu memang tengah ‘in’! Lagi nipis lagi power hahaha..”
Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut mengenang dan mengingati iklan tersebut malah ada juga yang memuji kecantikan Nora Danish seolah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.
Mengimbas kembali, Nora Danish telah memulakan karier dalam bidang lakonan sejak tahun 2005 dan mula terkenal setelah membintang drama sitkom popular Puteri yang masih diingati peminat drama tempatan sehingga kini.