‘Throwback’ Video Bercuti Di Japan, Syamsul Yusof Beri Gambaran Rindu Puteri Sarah Dan Anak-Anak?

Hiburan

‘Throwback’ Video Bercuti Di Japan, Syamsul Yusof Beri Gambaran Rindu Puteri Sarah Dan Anak-Anak?

Seperti yang sudah diketahui ramai, nama pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof sejak akhir-akhir ini menjadi perhatian setelah isteri, Puteri Sarah mendedahkan masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka di media sosial.

Disebabkan kemelut yang berlaku, Puteri Sarah telah pun memfailkan penceraian terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana merasakan sudah tidak dapat hidup bersama lagi.

Advertisement

Terbaharu, pengarah tersebut ada memuat naik video di laman TikToknya satu video throwback kenangan sewaktu bercuti di Jepun bersama isteri serta anak dan perkara itu telah menimbulkan persoalan daripada kalangan netizen.

Persoalan mula timbul kerana rata-rata merasakan Syamsul memberi bayangan bahawa dirinya sedang merindui isteri pertama dan anak-anak.

Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah ditutup oleh pelakon berusia 35 tahun itu kerana barangkali elak daripada kecaman netizen.

Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof telah mengesahkan bahawa dirinya sudah pun berkahwin untuk kali kedua dengan wanita bernama Ira Kazar yang juga merupakan anak pelakon veteran, Kazar di Thailand.

Puteri Sarah Syamsul Yusof
1 year ago

"Sampai Hati Si Bapak.." - Tiada Kelibat Syamsul Yusof, Puteri Sarah Tunai Umrah Bersama Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...