Seperti yang sudah diketahui ramai, nama pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof sejak akhir-akhir ini menjadi perhatian setelah isteri, Puteri Sarah mendedahkan masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka di media sosial.
Disebabkan kemelut yang berlaku, Puteri Sarah telah pun memfailkan penceraian terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana merasakan sudah tidak dapat hidup bersama lagi.
Terbaharu, pengarah tersebut ada memuat naik video di laman TikToknya satu video throwback kenangan sewaktu bercuti di Jepun bersama isteri serta anak dan perkara itu telah menimbulkan persoalan daripada kalangan netizen.
Persoalan mula timbul kerana rata-rata merasakan Syamsul memberi bayangan bahawa dirinya sedang merindui isteri pertama dan anak-anak.
Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah ditutup oleh pelakon berusia 35 tahun itu kerana barangkali elak daripada kecaman netizen.
Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof telah mengesahkan bahawa dirinya sudah pun berkahwin untuk kali kedua dengan wanita bernama Ira Kazar yang juga merupakan anak pelakon veteran, Kazar di Thailand.