September 29th, 2020

Seakan mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi momen sewaktu menyertai pertandingan realiti nyanyian One In A Million (OIAM) pada tahun 2006, penyanyi serta pengacara popular Alif Satar kongsi momen tersebut bersama peminat di laman Instagram miliknya.

“14 Tahun.. Bersama Alumni” - Alif Satar Kongsi Foto Kenangan Rancangan Realiti One In A Million

Alif memuat naik foto bersama teman seperjuangan Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah dengan kapysen ringkas bagi mengenang semula kisah perjuangan mereka dalam industri hiburan tempatan.

“14 years of glow up. Bersama alumni One In A Million @faizaltahir @dayangsayangkamu sejak 2006.”

Lebih menarik, momen tersebut dilihat berulang kembali apabila alumni OIAM tersebut kini berkongsi pentas yang sama iaitu Big Stage 2020.

“14 Tahun.. Bersama Alumni” - Alif Satar Kongsi Foto Kenangan Rancangan Realiti One In A Million

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tidak lekang memberikan pujian terhadap bakat besar Alif, Faizal dan Dayang yang kini difahamkan masih popular dengan bakat yang dianugerahkan sehingga membuatkan tiga bintang itu kekal bertahan hingga era ini.

“14 Tahun.. Bersama Alumni” - Alif Satar Kongsi Foto Kenangan Rancangan Realiti One In A Million

Sekadar informasi, rancangan realiti yang bersiaran selama 18 episod itu merupakan pertandingan menyanyi TV realiti Malaysia pertama yang menawarkan RM 1 juta kepada juaranya. Untuk musim itu, Faizal dinobatkan selaku naib juara apabila tumpas kepada penyanyi Suki Low.

Manakala, Alif pula terpaksa akur menduduki tempat ketiga. Malah, keperitan itu dilalui Dayang apabila beliau diundi keluar sekali gus meletakkan namanya berada di kedudukan keempat pertandingan tersebut.


2 responses to “Throwback Kenangan Dalam One In A Million, Alif Satar Kongsi Foto Lama Bersama Dayang Nurfaizah & Faizal Tahir Semasa Bertanding”

  1. Kak nani says:

    Ingat tak ada juara chisene yg nama Daniel tu. Dapat majoruty chinese vote. Menang. Lps tu tenggelam. Ke pg china nyanyi sana. Fazal tahir jgk yg kedepan. Dina pun tak dengar story.

  2. SEBAGAI MAKLUMAN, TAHUN 2006 MERUPAKAN TAHUN BERMULANYA ERA KEMALAPAN RANCANGAN REALITI HIBURAN YANG MANA AF4 DAN OIAM 8TV PERNAH BERCANGGAH DENGAN TARIKH KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA KE-18 JERMAN 2006 SEHINGGA MEMAKSA RAKYAT MALAYSIA MEMBOIKOT RANCANGAN REALITI HIBURAN TERSEBUT.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...