Throwback Je Bukan Rampas Suami Orang, Bapa Anak-Anak Aku Juga – Intan Liana

Hiburan

Throwback Je Bukan Rampas Suami Orang, Bapa Anak-Anak Aku Juga – Intan Liana

Tindakan Intan Liana Saleh memuat naik foto ‘throwback’ bekas suaminya Ude Wahid bersama dua orang anak lelaki mereka mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Mula ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati dan masih tidak dapat menerima kenyataan yang mereka sudah berpisah.

Advertisement

Sudah lama menahan sabar ditomah dan dikritik, Intan tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi dan meluahkan perasaannya itu menerusi Insta Stories. Menurut Intan terpulang padanya untuk memuat naik foto tersebut kerana akaun Instagram itu adalah miliknya. Beliau sama sekali tidak pernah meroyan ataupun masih terkenangkan lagi memori lama bersama bekas suaminya itu.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang kini sudah lebih berani bersuara.

Intan pada masa yang sama bersedia untuk berjumpa dengan  pihak yang sengaja memfitnah beliau dan menyelesaikan segala isu yang tidak selesai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...