“This Is Too Much!!” – Nadia Brian Berang Ditengking ‘Inflencer’ Demi ‘Content’

Hiburan

“This Is Too Much!!” – Nadia Brian Berang Ditengking ‘Inflencer’ Demi ‘Content’

Pelakon, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang influencer yang juga merupakan seorang usahawan pakaian dikenali sebagai Madam Mariyah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pempengaruh itu dilihat bertindak menengking Nadia di hadapan orang awam ketika di karnival jualan Starvendors, Johor Bahru.

Advertisement

This is too much!!! Ambil video content tanpa persetujuan saya!

Menurut Nadia, dia menyifatkan tindakan pempengaruh itu sebagai melampau dan memalukan apabila dimarahi di hadapan orang ramai hanya kerana dia tidak mengenali usahawan itu.

Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni!

Bukan itu sahaja, pelakon drama Akulah Balqis itu memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan tersebut.

Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!

@nadia.brian

This is too much!!! Amb video content tanpa persetujuan saya! Tengking2 saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni! Sy akan ambil tindakan! Sebab awk ada duit, awk boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan PERCUMA! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan mcm ni walaupun sekadar CONTENT! #NadiaBrian #Stsrvendors

? Swear By It – Chris Alan Lee

Dalam hantaran berbeza, Mariyah menjelaskan dia tiada niat untuk berbuat sedemikian dan tidak sedar tindakannya itu dirakam oleh pekerjanya.

Kepada Nadia Brian, kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf.

Malah, dia juga berkata dia merupakan salah seorang peminat lakonan Nadia dan meluahkan rasa teruja apabila pertama kali bertemu dengannya secara empat mata.

@mariyahholdings

Replying to @ashasbeauty madam minta maaf . kalau ada masa datang lah ke kilang madam @Nadia Brian Goldring #fyp #fyp? #foryoupage #fyp??viral #tiktokmalaysia #mariyahholdings #johordarultakzim?? #kilangjahitpukal #soundtegak #hashtag

? Dj no Coment Di Putusin Pacarmu Di Tingal (Acoustic) – Onel1443

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Satu Hari Nanti Kita Hanya Menjadi Sekeping Gambar Dan Kenangan" - Isteri ND Lala

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...