“This Is Beyond Stupid..” – Shila Amzah Kesal Nama Diguna Untuk ‘Scam’, Akui Tidak Pernah Sertai Sebarang ‘Trading’

Hiburan

“This Is Beyond Stupid..” – Shila Amzah Kesal Nama Diguna Untuk ‘Scam’, Akui Tidak Pernah Sertai Sebarang ‘Trading’

Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa kesal apabila namanya disalah gunakan oleh pihak tak bertanggungjawab yang membabitkan namanya dalam satu aktiviti penipuan melibatkan pelaburan perniagaan secara atas talian.

Tidak pernah sertai trading

Menerusi satu hantaran Instagram story, penyanyi ini menegaskan dirinya tidak pernah terbabit dalam apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan trading.

Advertisement

This is beyond stupid. Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa trading ke apa.

 

Tiada istilah masukkan duit di satu tempat dan tiba-tiba jadi kaya.

shila amzah dituduh scam

Minta sebarkan

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini juga berasa tidak puas hati dengan petikan laporan dari portal yang mengatakan Shila pernah terlibat dalam sebuah skim perdagangan sebagai cara untuk menjana pendapatan dengan cepat bagi menyara hidup ketika pandemik Covid-19.

Sebarkan perkara ini terutamanya buat makcik dan pakcik yang dah terpedaya dengan benda macam ni.

 

Minta sebarkan. Portal ni pun tidak menggunakan otak juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Dulu ‘Scam’ Ramai Bakal Pengantin, Bekas ‘Wedding Planner’ Merayu Bantuan Nak Bayar Hutang - “Salam 13K, Saya Tak Halalkan“

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...