Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa kesal apabila namanya disalah gunakan oleh pihak tak bertanggungjawab yang membabitkan namanya dalam satu aktiviti penipuan melibatkan pelaburan perniagaan secara atas talian.
Tidak pernah sertai trading
Menerusi satu hantaran Instagram story, penyanyi ini menegaskan dirinya tidak pernah terbabit dalam apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan trading.
This is beyond stupid. Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa trading ke apa.
Tiada istilah masukkan duit di satu tempat dan tiba-tiba jadi kaya.
Minta sebarkan
Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini juga berasa tidak puas hati dengan petikan laporan dari portal yang mengatakan Shila pernah terlibat dalam sebuah skim perdagangan sebagai cara untuk menjana pendapatan dengan cepat bagi menyara hidup ketika pandemik Covid-19.
Sebarkan perkara ini terutamanya buat makcik dan pakcik yang dah terpedaya dengan benda macam ni.
Minta sebarkan. Portal ni pun tidak menggunakan otak juga.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.