Abang Nara pasti ramai peminat The Voice di Malaysia. Untuk makluman, The Voice telah diterbitkan di 65 buah negara dan ditayangkan di lebih dari 180 negara dengan jumlah tontonan melebihi 500 juta penonton. Memang satu angka yang menakjubkan. Kini, The Voice Singapura dan Malaysia bakal muncul di kaca tv kita. Ini amat mengujakan dan membuatkan Abang Nara tak sabar nak menontonnya.
Apa yang unik tentang The Voice ini adalah “blind audition” yang menjadi trademark. Para juri tidak mengetahui jantina, wajah, ketinggian, rupa paras, kaum dan umur para peserta. Keputusan adalah dibuat 100% berdasarkan suara. Untuk The Voice Singapura & Malaysia, 4 juri bertaraf antarabangsa di bawah bakal memilih peserta untuk dibimbing dan dilatih.
Bakal ditayangkan di Astro untuk rakyat Malaysia dan di StarHub untuk rakyat Singapura, The Voice Singapura dan Malaysia kali ini ditaja oleh Huawei. Seperti yang selalu Abang Nara beritahu, Huawei sentiasa mahu berkolarobasi dengan yang terbaik di dalam mencari bakat terhebat. Sudah pasti dengan tajaan Huawei ini, program The Voice Singapura & Malaysia ini akan meletup dan menjadi perhatian ramai. Confirm berebut ramai nak datang ujibakat.
Tak sabar rasanya nak menonton rancangan The Voice Singapura dan Malaysia ini yang bakal bermula 18 September ini. Maklumat lanjut boleh layari www.thevoicesgmy.com, LIKE Facebook The VoiceSGMY dan juga ikuti Instagram TheVoiceSGMY.