‘The Sims 4’ Percuma Sekarang Untuk Semua Pengguna PC & Mac!

Teknologi

‘The Sims 4’  Percuma Sekarang Untuk Semua Pengguna PC & Mac!

Anda pasti tahu permainan simulasi hidup, The Sims 4 yang sangat terkenal di PC yang dilancarkan pada tahun 2014.

Namun untuk anda yang ingin memiliki permainan tersebut, agak kurang berkemampuan kerana harganya sangat mahal.

Advertisement

Jadi kepada peminat The Sims 4 bermula semalam hingga 28 Mei ini, EA menawarkan permainan The Sims 4 secara percuma di Origin bersempena tawaran khas. Selepas ini memuat turunlah di Windows ataupun Mac anda.

Dipetik dari Aksiz, harga permainan ini jika tidak diberikan secara percuma berharga  AS$22.24 yang boleh didapati di Amazon. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut secara percuma, ianya mudah sahaja di mana anda hanya perlu ke pautan di bawah dan klik dapatkan permainan tersebut dan ianya akan tersenarai di dalam perpustakaan permainan anda.

Anda kemudian boleh memuat-turun aplikasi Origin, dan melihat di senarai perpustakaan permainan dan terus memuat turun  permainan tersebut di PC. Namun tawaran ini semestinya buat mereka yang mempunyai akaun rasmi Origin yang mana ianya boleh didaftar secara percuma.

Semestinya ini merupakan permainan asas The Sims 4 tanpa sebarang penambahan DLC yang dilancarkan oleh mereka. Meskipun begitu, sekurang-kurangnya anda kini mempunyai permainan asas yang boleh dimainkan.

Klik link ini: https://www.origin.com/sgp/en-us/store/the-sims/the-sims-4

Apalagi jangan tunggu-tunggu, peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup.

Sumber: Aksiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...