‘The Sacred Riana’ Dinobat Juara Pertandingan Asia’s Got Talent 2

Trending

‘The Sacred Riana’ Dinobat Juara Pertandingan Asia’s Got Talent 2

Peserta dari Indonesia, ‘The Sacred Riana’ telah dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua. Dengan kemenangan ini, Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$100,000.

Advertisement

Riana mencuri perhatian juri dan penonton dengan gaya dan magiknya yang menyeramkan namun menghiburkan. Itulah antara yang membuatkan Riana menjadi sebutan ramai.

Trik persembahannya yang menggerunkan ketika sesi saringan, separuh akhir dan di pentas akhir bukan sahaja berjaya memenangi hati juri Jay Park, David Foster dan Anggun, tetapi juga netizen di seluruh dunia.

Video pertunjukan sihirnya di atas pentas Asia’s Got Talent 2 telah mendapat lebih daripada 70 juta tontonan di Facebook dan YouTube.

Pada persembahan peringkat akhir pada 7 Disember 2017, The Sacred Riana telah ‘membawa’ zombie dari kotak kecil di atas pentas dan secara tiba-tiba muncul di belakang Anggun ketika mengakhiri persembahannya.

Juri Jay Park berkata, “Anda sangat unik, saya sangat terhibur dan ketakutan pada masa yang sama.”

Juri David Foster pula berkata, “Riana telah menjadi yang semua orang mahu lihat, semua orang mahu menonton. Dia telah jadikan persembahannya yang paling dinantikan.”

Pertandingan ini telah berlansung selama 10 minggu dan disertai oleh 15 buah negara.

Beratus aksi telah dipersembahkan dalam pertandingan musim kedua ini. Asia’s Got Talent musim kedua ini telah diadili oleh David Foster, Anggun and Jay Park.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...