The Ride – PETRONAS & AMG

Hiburan

The Ride – PETRONAS & AMG

Masih ingat tak lagi dengan berita kemunculan makhluk asing di Stuggart, German baru-baru ini? Abang Nara pernah kongsikan video kejar mengejar antara sebuah kereta dengan kapal terbang mahluk asing di tengah-tengah yang penuh mendebarkan. Kalau anda tak pernah tengok, tonton video tersebut di bawah.

Advertisement

Setelah lama menanti, PETRONAS telah mengeluarkan sebuah video iklan terbaru yang lebih awesome!!! Terlopong mulut Abang Nara melihat seorang penjaga bilik makmal MERCEDES AMG-PETRONAS memandu jentera terbaru AMG yang dijana oleh PETRONAS SYNTIUM 7000.

Memang laju sungguh jentera AMG terbaru yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder. Makhluk asing yang mendiami tubuh penjaga bilik makmal itu turut sama teruja dan mengkagumi kehebatan jentera AMG dan PETRONAS SYNTIUM. Akhirnya si makhluk asing itu melarikan diri ke kapal induk sambil mencapai sebotol PETRONAS SYNTIUM bersamanya kerana tidak dapat mengawal perasaan teruja.
amg

Abang Nara rasa si makhluk asing itu membawa pulang PETRONAS SYNTIUM ke kapal induk untuk melakukan kajian terperinci. Begitulah kehebatan teknologi ciptaan manusia di dalam PETRONAS SYNTIUM terbaru sehinggakan makhluk asing pun sanggup melakukan apa sahaja untuk menandinginya. Abang Nara pun tak sabar mencuba sendiri PETRONAS SYNTIUM sebagai minyak pelincir enjin kereta Abang Nara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...