The Red Devils Dah Sampai KL! Manchester United Bakal Bertemu ASEAN All-Stars Rabu Ini

Trending

The Red Devils Dah Sampai KL! Manchester United Bakal Bertemu ASEAN All-Stars Rabu Ini

Skuad Manchester United selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, sekitar jam 6.34 petang, menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan kod MH8477.

Menurut laporan Astro Awani, kelab bola sepak gergasi Eropah itu bakal menentang pasukan ASEAN All-Stars dalam saingan Piala Cabaran Maybank yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini pada jam 8.45 malam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester United (@manchesterunited)

Beberapa nama besar dalam skuad The Red Devils turut kelihatan, antaranya Bruno Fernandes, Casemiro, Alejandro Garnacho, Ruben Amorin dan Mason Mount.

Sepanjang berada di Malaysia menjelang aksi persahabatan tersebut, skuad Manchester United akan menginap di sebuah hotel lima bintang terkemuka di ibu negara.

ruben amorin

mason mount

Untuk rekod, kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia adalah pada siri jelajah pramusim 2009, di mana mereka menewaskan pasukan Malaysia XI sebanyak dua kali dengan keputusan 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

kes simbah asid faisal halim NFA
1 month ago

Peguam Dedah Faisal Halim Kecewa Kes Simbah Asid Diklasifikasi 'Tiada Tindakan Lanjut' - “Ia Hampir Ragut Nyawa & Kariernya”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...