“The Real One In A Million. Budi Pekerti Elok, Personaliti Terjaga” – Netizen Kagum Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat

Hiburan

“The Real One In A Million. Budi Pekerti Elok, Personaliti Terjaga” – Netizen Kagum Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat

Boleh dikatakan sangat jarang kita dengar atau baca tentang cerita negatif tidak kiralah di televisyen atau media sosial yang membabitkan penyanyi dan pelakon, Alif Satar.

Ramai bersetuju selebriti berusia 32 tahun itu wajar dicontohi anak muda dan layak digelar artis paling versatil kerana mempunyai banyak bakat selain menyanyi.

Advertisement

Alif Satar elak pegang pelakon wanita
2 years ago

"Nak Pegang Kena Berlapik" - Bukan Berlagak 'Alim', Alif Satar Elak Lakukan Adegan Mesra Dan Intim

Well, nampaknya sekarang kita sudah tahu Alif mempunyai satu lagi kemahiran yang ramai tidak tahu iaitu pandai berbahasa isyarat.

Tular di media sosial satu video selepas dimuat naik oleh akaun @johnlemmonn memaparkan bapa kepada 3 orang anak itu menggunakan sign language ketika berkomunikasi dengan seorang lelaki.

Difahamkan, lelaki tersebut mahu bergambar dengan Alif dan menggunakan bahasa isyarat namun tidak menyangka penyanyi itu juga tahu berinteraksi menggunakan isyarat sepertinya.

Ramai terpegun melihat Alif mahir berbahasa isyarat dan rata-ratanya memujinya selain berkata dia merupakan individu yang layak digelar ‘influencer’.

Ada yang berkata mahu menjadikan Alif sebagai idola kerana merupakan seorang selebriti yang bukan sahaja berbakat tetapi juga mempunyai ilmu.

Alif ni the real one in a million kan. Budi pekerti elok, personaliti terjaga.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...