Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin hari ini didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Zul yang diwakili dua peguam itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.
Pelakon berusia 35 tahun itu turut berharap agar apa yang berlaku kepadanya ini dijadikan sebagai pengajaran oleh selebriti yang lain.
Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan. Tak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh.”
Menjengah ruangan komen di Facebook, sesetengah netizen dilihat memuji pelakon filem Sangkar itu kerana mengaku bersalah tanpa memanjangkan cerita.
Segelintir daripada mereka berpendapat ia adalah tindakan yang ‘gentle’ dan ada juga yang sempat menyindir pihak lain kerana tidak mahu mengaku bersalah.
Beberapa netizen sempat mendoakan agar Zul yang ditemani Gayatri Su-Lin Pillai ke mahkamah itu diberikan hidayah dan berubah ke arah yang lebih baik.