Baru-baru ini, tular video memaparkan pempengaruh disayangi ramai, Khairul Aming memberitahu kepada peminatnya bahawa dia lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri.
Menurut Aming, pembelian aset seperti barang-barang kilang yang berharga juta ringgit itu lebih berbaloi berbanding manjakan diri dengan beli kereta atau rumah mewah.
Kata influencer itu lagi, dia tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata untuk kehendak dan mahu bebas hidup tanpa hutang.
TIL The only hutang yang @khairulaming ada is his bezza car loan. Benda benda lain macam machines kat kilang semua dah paid off. Berjuta juta harga semua.
Power betul. pic.twitter.com/CN88oFMYgI
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) September 26, 2023
Saya memang tak ada loan, satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja. Yang lain semua aset yang dah dibeli dan habis dibayar termasuklah dekat kilang.
Susulan itu, ramai netizen yang meninggalkan komen berasa kagum dengan Aming serta memujinya kerana tahu bezakan kehendak serta keperluan hidup.