The North Face dan National Geographic Telah Berkoloborasi Cipta Baju Dari Plastik Terbuang

Fesyen

The North Face dan National Geographic Telah Berkoloborasi Cipta Baju Dari Plastik Terbuang

The North Face dan National Geographic berkolaborasi bagi mengatasi isu pencemaran plastik di dunia dengan melancarkan koleksi edisi terhad ‘Bottle Source’.

Sebanyak 384,000 kilogram botol plastik telah digunakan untuk mencipta koleksi ini yang dikutip daripada sungai terkenal di Amerika Syarikat iaitu Yosemite, the Great Smoky Mountains dan Grand Teton National Parks.

Advertisement

Mereka telah mengeluarkan 3 koleksi edisi terhad iaitu baju t-shirt lengan panjang untuk lelaki, t-shirt wanita, dan hoodie.




Menurut HypeBeast, bagi setiap pembelian baju ini, National Geographic akan mendermakan US$1 (RM4.15) kepada National Park.

Isu pencemaran plastik bukanlah satu perkara yang asing dan menjadi satu masalah besar kepada alam sekitar sekarang. Namun ia menjadi satu idea kepada pereka fesyen untuk mencipta sesuatu dari bahan terbuang ini.

Pada bulan April, Adidas telah melancarkan kasut larian yang boleh dikitar semula. Mereka juga akan mengeluarkan lebih banyak kasut dari sumber kitar semula pada masa akan datang.

Advertisement

Bukan itu sahaja, jenama mewah seperti Burberry juga akan menghentikan pengunaan plastik yang berlebihan pada pembungkusan mereka mulai tahun 2025.

Sumber: Hypebeast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...