Membeli sebuah kereta baru adalah satu perkara yang mengujakan untuk semua orang. Namun proses pembelian boleh jadi leceh, berpanjangan dan menyusahkan, lebih-lebih lagi jika kita membeli kereta terpakai.
Sebab itulah kami memang kagum dan terkesima apabila membaca tentang “The New Way of Buying Cars” atau dalam bahasa Melayunya, “Cara Baru Membeli Kereta“ yang dilancarkan oleh Carsome ini.
Ada 4 langkah sahaja yang perlu anda ikuti untuk memiliki kereta idaman anda di Carsome.
Senang kan? Memang mudah, pantas dan dipercayai! Jom kita ushar apa langkah-langkah tersebut:-
Ushar kereta idaman anda di laman web Carsome
First thing first, kenalah masuk ke buy.carsome.my kerana di situlah pelbagai jenis kereta untuk dibeli ada dipaparkan. Anda boleh tengok sepuas-puasnya kereta yang ingin anda miliki kerana ada pandangan sudut 360 darjah. Segala maklumat seperti jarak, harga jualan, model, bahagian dalaman serta luaran (interior & exterior) dan macam-macam lagi info boleh dibaca di situ.
Setiap harga yang dipaparkan adalah “all-inclusive” termasuklah cukai jalan, cas pemeriksaan Puspakom, cas pertukaran hak milik dan juga servis permohonan pinjaman. Paling penting, setiap kereta telah pun menjalani pemeriksaan menyeluruh sebelum ia boleh dijual di Carsome. Untuk memudahkan anda lagi, kalkulator untuk mengira pinjaman bank turut disediakan di laman web Carsome. Terbaik kan?
Pandu uji kereta tersebut
View this post on Instagram
Sekiranya anda telah membuat keputusan nak beli kereta mana satu, boleh “Book a test drive” terlebih dahulu untuk memastikan kereta tersebut benar-benar menepati kriteria anda. Selepas membuat temujanji, anda perlu pergi ke “Carsome Experience Center” yang bertempat di Kelana Jaya, Selangor.
Di sana anda boleh melihat banyak lagi kereta di dalam e-katalog yang disediakan menggunakan iPad. Kalau ada yang berkenan, boleh terus pandu uji on the spot.
Tetapi, maklumlah dengan zaman norma baru ini, anda juga boleh memilih untuk memandu uji kenderaan pilihan anda tanpa hadir di “Carsome Experience Center”. Senang cerita, diaorang akan datang ke kediaman anda, boleh test drive terus. Tak payah nak susah-susah.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kereta tersebut, anda perlu ketahui bahawa pembelian anda turut hadir dengan “Carsome Promise”. Ini bermakna anda mendapat jaminan selama 1 tahun, kereta tersebut adalah berkualiti kerana telah melalui proses “Carsome Certified” yang membuat 175 jenis pemeriksaan bagi memastikan kereta tersebut tidak pernah mengalami sebarang kemalangan besar seperti kerosakan struktur atau kerosakan akibat banjir. Senang cakap, walaupun anda beli kereta terpakai, ia seolah-olah kereta baru apabila membeli dengan Carsome.
Penghantaran ke rumah
Ha, setelah siap kesemua dokumentasi, pemindahan hak milik yang 100% diuruskan oleh pihak Carsome (diorang siap boleh tolong korang buat loan lagi), anda boleh minta kereta tersebut dihantar ke rumah.
Paling best, anda boleh mengambil selama mana masa yang diinginkan sebelum membuat keputusan membeli kereta tersebut. Pihak Carsome tidak akan buat sebarang paksaan. Tapi janganlah lama sangat sebab kereta idaman anda itu mungkin disambar oleh orang lain kalau anda terlalu lambat membuat keputusan. Apabila dah betul-betul nak beli, bagitau je mereka dan kesemuanya akan diselesaikan sepantas kilat. Awesome kan?
Tiada sebarang kebimbangan
Last but not least Carsome Promise turut mempunyai “Money Back Guarantee” selama 5 hari sekiranya anda mengubah fikiran kerana kereta tersebut tidak menepati gaya hidup anda. Contohnya mungkin bonet kereta tersebut terlalu kecil untuk memuatkan beg golf anda.
Atau selepas meletakkan “car seat” anak anda ruang jadi terlalu sempit di bahagian penumpang. Kadangkala hal-hal sebegini hanya diketahui selepas kita menggunakan kereta tersebut selama beberapa hari. Sekiranya terjadi, anda boleh pulangkan balik kereta itu dan dapatkan kembali duit anda tanpa sebarang persoalan. Tambahan pula, jika anda rasa kereta tersebut tidak memenuhi gaya hidup anda, jangan risau kerana anda boleh tukar kereta anda. Memang jaminan ini anda tak akan jumpa di tempat lain punyalah. Hanya di Carsome sahaja!
Memang awesome kan 4 langkah cara baru membeli kereta di Carsome ini? Ha, khas untuk pembaca BeautifulNara, Carsome ingin memberikan anda diskaun sebanyak RM300 apabila anda membeli sebuah kereta di buy.carsome.my .
Tawaran ini terhad kepada 5 orang sahaja. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu gunakan kongsikan artikel ini di Facebook anda dan tag @BeautifulNara. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 4 November 2020.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan kereta baru anda sekarang di buy.carsome.my. Selamat bergaya!!