The Lion King Berjaya Mengalahkan Frozen Untuk Kutipan Tertinggi Bagi Filem Animasi

Trending

The Lion King Berjaya Mengalahkan Frozen Untuk Kutipan Tertinggi Bagi Filem Animasi

Filem The Lion King berjaya mencatat kutipan tertinggi untuk filem animasi dengan kutipan sebanyak USD1.33 billion. Kutipan ini juga berjaya mengalahkan animasi terkenal Frozen yang hanya berjaya mendapat USD1.27 billion sebelum ini. Sebelum ini takhta filem animasi dengan kutipan tertinggi dimiliki oleh animasi Frozen yang akan kembali dengan sekuel nya bulan November ini.

Walaupun ramai yang beranggapan filem The Lion King merupakan ‘live action film‘ tetapi menurut pengarahnya ianya adalah filem animasi. Mungkin kerana ia nampak sangat ‘real‘ dengan penggunaan “Photorealistic CGI”, ramai yang menganggap ini adalah filem ‘live action‘.

Advertisement

Filem klasik tahun 1994 yang di remake semula ini berjaya mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia namun sedikit  kurang untuk pasaran Amerika sendiri. Ternyata faktor filem nostalgia zaman 90-an dan kehadiran Beyonce sebagai salah satu pelakon suara berjaya menambat hati penonton.

filem the lion king
filem the lion king
The Lion King kini memasuki minggu ke-4 di pawagam dijangkakan akan terus menambah angka untuk kutipan mereka sebelum kemunculan sekuel animasi popular Frozen. Filem Frozen 2 akan menemui penonton pada 20 November 2019. Kutipan untuk sekuel ini pastinya akan memecahkan rekod yang pernah dikutip sebelum ini.

Bersedialah untuk melihat fenomena Frozen kembali semula. Let it go, let go…

Sumber: Hypebeast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...