“The Last Meal..” – Tentera AS Makan Steak & Lobster, Petanda Perang Dunia Ketiga Semakin Hampir?

Kehidupan

“The Last Meal..” – Tentera AS Makan Steak & Lobster,  Petanda Perang Dunia Ketiga Semakin Hampir?

Askar-askar Amerika Syarikat kini giat memuat naik video menikmati hidangan mewah steak dan lobster di dewan makan tentera, mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa sajian istimewa ini mungkin menandakan penempatan mereka ke medan perang semakin hampir.

Klip-klip tular sejak pertengahan Jun 2025 ini muncul ketika dunia dibayangi kebimbangan terhadap potensi penglibatan AS dalam konflik yang memuncak antara Israel dan Iran.

Advertisement

Walaupun dikatakan hidangan tersebut diadakan bersempena ulang tahun ke-250 Tentera Darat AS ,satu tradisi di mana kafetaria tentera menyajikan menu mewah pada waktu-waktu tertentu  namun ramai di media sosial merasakan masa penyajiannya agak mencurigakan.

Dipetik dari portal International Business Times, seorang pengguna TikTok bernama @retiredhotcheetogirly telah berkongsi klip makan malam tentera yang memaparkan steak, lobster dan snek sampingan, sekaligus meraih jutaan tontonan dan mencetuskan pelbagai teori.

Ada yang percaya sajian ‘surf-and-turf’ ini merupakan bentuk isyarat tidak rasmi, atau petanda moral, bahawa pasukan akan digerakkan dalam masa terdekat.

Malah pengguna Reddit turut menyamakan hidangan itu sebagai ‘makan malam terakhir’ sebelum dihantar ke medan perang.

Namun begitu, pakar menegaskan bahawa sajian seperti ini lebih kepada menaikkan semangat anggota dan tradisi dalam tentera, bukanlah petanda langsung kepada operasi ketenteraan.

Fenomena ini kini menjadi tumpuan perbincangan netizen, di mana gabungan antara budaya tentera dan kegusaran geopolitik menjadikan satu sajian makanan sebagai perdebatan hangat dalam talian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hour ago

Bun*h Pembantu Rumah, Finalis MasterChef Malaysia Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun, Sebat 12 kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...