The Lady Scarlet Tawar Pelayaran Khusus Untuk Dewasa Sahaja

Trending

The Lady Scarlet Tawar Pelayaran Khusus Untuk Dewasa Sahaja

Virgin Voyages merupakan syarikat pelayaran terbesar di dunia yang dilancarkan oleh pengasasnya, Virgin Group iaitu Richard Branson. Beliau telah mencetuskan rancangan kapal pelayaran baharu mereka iaitu, The Lady Scarlet yang berkonsepkan “The Modern Romance Sailing”.

Kapal Mewah ini hanya dibenarkan untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun dan dilarang sama sekali untuk membawa kanak-kanak bagi turut serta dalam menikmati percutian pelayaran bersama The Lady Scarlet.

Advertisement

Kapal ini juga turut dilengkapi dengan hiasan dalaman yang indah dan unik yang dikelola dibawah Tom Dixon Design Studio London, Roman & Williams of New York, dan Concrete Amsterdam yang mana terdiri dari beberapa kumpulan Virgin Voyages.

The Lady Scarlet boleh menempatkan 2,700 kapasiti penumpang dan 1,150 anak kapal dan turut dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti kelab malam, spa, dua restoran, gimnasium dan barbershop.

 

Kapal ini dijangka tiba di Port Miami pada tahun 2020 untuk pelayaran sulungnya. Ibu bapa yang berhasrat untuk membawa anak-anak mereka untuk menikmati percutian pelayaran di atas kapal ini haruslah memastikan anak mereka sudah mencapai umur yang telah ditetapkan agar mereka layak untuk turut serta menikmati percutian pelayaran bersama The Lady Scarlet.amazingnara.com

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...