The Body Shop Malaysia Mohon Maaf Iklan Jawatan Kosong Rasis

Trending

The Body Shop Malaysia Mohon Maaf Iklan Jawatan Kosong Rasis

Seorang pengguna Facebook, Kishaniah Dhamodaran, telah memuat naik gambar satu iklan di outlet The Body Shop di sebuah pusat membeli belah di Ipoh di akaun Facebook milikmya. Apa yang menarik, iklan itu menawarkan kerja kosong tetapi disertai dengan syarat Chinese Only atau orang cina sahaja yang layak memohon.
BodyShopANGambar yang dimuat naik oleh Kishaniah telah menjadi viral di Facebook dan Twitter. Netizen memberi reaksi yang mereka terkejut dan merasa marah dengan iklan itu yang jelas rasis. Akibatnya, ada yang mencadangkan untuk membokot syarikat perniagaan barangan kecantikan itu.


C19LmE2UUAA_BMG
Kishaniah menulis:

Advertisement

The Body Shop ialah sebuah syarikat antarabangsa dari Britain tetapi menyedihkan apabila melihat ia mengamalkan diskriminasi bangsa secara terbuka. The Body Shop Malaysia, bagaimana anda boleh menyokong sikap diskriminasi seperti ini?

Gambar ini juga telah menjadi viral di Twitter. Anta reaksi Netizen ialah:

 

The Body Shop Malaysia bagaimanapun membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa tindakan mengiklankan jawatan kosong berunsur rasis itu tidak mendapat sokongan mereka malah mereka juga turut berasa marah.

C19Ql0JUcAArAIQ

Sementara itu pekerja-pekarja The Body Shop Malaysia menyatakan sokongan itu. Bagi mereka, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja di outlet yang terletak di Ipoh tidak menggambarkan polisi pengambilan pekerja The Body Shop yang sebenar. Ada antara mereka yang telah bekerja selama 8 tahun dan mereka menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah rasis dalam mengambil pekerja.
15895080_1303645843015737_2633784915556628732_n

15966294_1557624334278495_3051885581971013557_n

15977802_1403672343038277_5939322866832775379_n

Tinjauan penulis mendapati selepas The Body Shop Malaysia membuat permohonan maaf di ruangan komen Kishaniah, wanita itu telah memadam status tersebut.

Sebagai sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia, pekerja The Body Shop yang membuat pengiklanan tersebut sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya apabila melibatkan bangsa.

Pada pendapat penulis, outlet tersebut sebenarnya inginkan pekerja yang boleh berbahasa Mandarin, dan sepatutnya mengiklankan begitu, bukannya menyatakan bangsa tertentu yang layak memohon.

Apa pun, kesilapan ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka dan semua syarikat atau kedai di Malaysia supaya beriklan dengan lebih berhemah di masa akan datang. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...