Seorang pengguna Facebook, Kishaniah Dhamodaran, telah memuat naik gambar satu iklan di outlet The Body Shop di sebuah pusat membeli belah di Ipoh di akaun Facebook milikmya. Apa yang menarik, iklan itu menawarkan kerja kosong tetapi disertai dengan syarat Chinese Only atau orang cina sahaja yang layak memohon.
Gambar yang dimuat naik oleh Kishaniah telah menjadi viral di Facebook dan Twitter. Netizen memberi reaksi yang mereka terkejut dan merasa marah dengan iklan itu yang jelas rasis. Akibatnya, ada yang mencadangkan untuk membokot syarikat perniagaan barangan kecantikan itu.
Kishaniah menulis:
The Body Shop ialah sebuah syarikat antarabangsa dari Britain tetapi menyedihkan apabila melihat ia mengamalkan diskriminasi bangsa secara terbuka. The Body Shop Malaysia, bagaimana anda boleh menyokong sikap diskriminasi seperti ini?
Gambar ini juga telah menjadi viral di Twitter. Anta reaksi Netizen ialah:
In that case, maybe Malays like me should stop buying at @TheBodyShop? Kanz?#Malaysia@natnat494 https://t.co/cKVOQUMUj4
— admtnmkrz (@ATMology) January 12, 2017
@natnat494 looks weird. Why is “only Chinese” in different font
— dimsum (@evildimsum) January 12, 2017
@natnat494 some companies just don’t get it. Some others do. It isn’t so hard @TheBodyShop pic.twitter.com/gJZ6l6nVbg
— muchachomalo (@KowloonDandy) January 12, 2017
The Body Shop Malaysia bagaimanapun membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa tindakan mengiklankan jawatan kosong berunsur rasis itu tidak mendapat sokongan mereka malah mereka juga turut berasa marah.
@KowloonDandy This was an unsanctioned act which goes against our HR policies, and it was removed. We apologise for the hurt this has caused
— The Body Shop (@TheBodyShop) January 12, 2017
Sementara itu pekerja-pekarja The Body Shop Malaysia menyatakan sokongan itu. Bagi mereka, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja di outlet yang terletak di Ipoh tidak menggambarkan polisi pengambilan pekerja The Body Shop yang sebenar. Ada antara mereka yang telah bekerja selama 8 tahun dan mereka menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah rasis dalam mengambil pekerja.
Tinjauan penulis mendapati selepas The Body Shop Malaysia membuat permohonan maaf di ruangan komen Kishaniah, wanita itu telah memadam status tersebut.
Sebagai sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia, pekerja The Body Shop yang membuat pengiklanan tersebut sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya apabila melibatkan bangsa.
Pada pendapat penulis, outlet tersebut sebenarnya inginkan pekerja yang boleh berbahasa Mandarin, dan sepatutnya mengiklankan begitu, bukannya menyatakan bangsa tertentu yang layak memohon.
Apa pun, kesilapan ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka dan semua syarikat atau kedai di Malaysia supaya beriklan dengan lebih berhemah di masa akan datang. –amazingnara.com