The All-New Rio Yang Awesome!!!

Hiburan

The All-New Rio Yang Awesome!!!

Minggu lepas, ketika Abang Nara sedang berjalan-jalan di The Curve bersama isteri dan anak, diri ini ternampak segerombolan orang yang begitu ramai di kawasan air pancut. Rasa ingin tahu menjelma dalam diri ini lebih-lebih lagi melihat logo KIA memenuhi kawasan tersebut.

kia rio

Advertisement

Rupa-rupanya, ada majlis pelancaran kereta terbaru daripada KIA iaitu The All-New Rio. Menarik!!! Bukan senang untuk melihat secara “live” perkara sebegini. Jadi Abang Nara suruh wife pergi jalan-jalan sambil Abang Nara mengambil peluang untuk melihat upacara perasmian The All-New Rio ini.

kia rio

Dihoskan oleh JJ daripada Hitz FM, majlis pelancaran Kia Rio dimulakan dengan ucapan daripada Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar yang merupakan CEO Naza Kia Malaysia. Tamat ucapan, 2 persembahan telah dipertontonkan untuk membuatkan orang ramai tidak sabar menunggu kemunculan The All-New Rio menerusi pintu gerbang di pentas.

Memang Abang Nara teruja gila-gila semasa mengambil video The All-New Rio keluar daripada pintu gerbang. Fuh ~~~ Cantik!!! Itu first impression yang terdetik di hati ini. Terasa nak pergi terkam terus untuk lihat dengan lebih dekat. Nasib baik nafsu tersebut berjaya dikawal.

kia rioSelaku peminat warna biru, The All-New Rio yang paling depan sekali memang menggiurkan jiwa raga. The All-New Rio didatangkan dengan 2 pilihan iaitu 1.4 EX dan 1.4 SX. Yang bestnya ada 5 pilihan warna iaitu Deep Blue, Signal Red, Clear White dan Bright Silver, sementara Electronic Blue shade hanya ada pada The All-New Rio 1.4 SX.

kia rioKetika sesi bergambar bos-bos besar Naza Malaysia sedang dijalankan, Abang Nara baca press kit yang berada di atas meja menunggu. Antara ciri-ciri menarik The All-New Rio ialah LED daytime running lights, electric folding wing mirrors dengan LED side repeaters, static bending lights, glove box cooling dan Bluetooth connectivity.
kia rioUntuk model 1.4 SX, The All-New Rio didatangkan dengan sport rim 17 inci sementara model 1.4 EX menggunakan sport rim 16 inci. Yang penting, The All-New Rio dikuasakan oleh enjin Kia Gamma 1.4 MPI CVVT yang mempunyai gear automatic 4 kelajuan dan boleh menggunakan gear manual jika perlu. Menarik kan?
kia rioNamun bagi Abang Nara yang paling penting ialah harga The All-New Rio sangat-sangat berpatutan. Harga untuk model 1.4 EX ialah RM73,888 dan 1.4 SX ialah RM79,888. Kedua-duanya ialah harga on the road dengan insurans. Memang berbaloi-baloi sangatlah kalau nak beli.
kia rioKalau anda berminat untuk mendapatkan The All- New Rio, anda tidak perlu risau tentang masalah keroakan kerana Naza Kia memberikan 5 tahun jaminan dengan unlimited mileage. Bukan senang nak dapat offer yang sebegini hebat untuk satu tempoh masa yang begitu panjang sekali.
kia rioAbang Nara sempat masuk ke dalam The All- New Rio dan mendapati ruang di dalamnya agak luas. Tak adalah rasa sesak nafas. Kaki pun rasa lega. Sesuai untuk ketinggian dan kebesaran orang Malaysia. Dashboardnya pun design yang moden dan senang untuk difahami.
kia rioSekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang The All- New Rio, bolehlah layari Facebook Kia Malaysia. Abang Nara bercadang nak ajak wife pergi test drive. Saja nak rasa sendiri pengalaman memandu The All- New Rio. Mana tahu ada rezeki lebih… Tak ke gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...