Pendakwah bebas, Firdaus Wong menegur model dan pelakon Thanuja Ananthan susulan kenyataannya yang tular berkaitan haiwan sembelihan sempena Hari Raya Aidiladha.
Dalam satu hantaran di Instagram, Firdaus secara sinis menyarankan agar Thanuja menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya melibatkan bahagian kepala. Katanya, kenyataan Thanuja itu seolah-olah melupakan hakikat bahawa dia sendiri pernah menikmati hidangan seperti ayam dan ikan.
Firdaus turut menyamakan situasi itu dengan simptom dementia iaitu lupa akan perkara yang pernah dilakukan sebelum ini.
Melihat kepada komentar Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya dan menyarankan dia untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Mungkin dia terlupa pernah berkongsi nasi beriyani ayam pada 2016. Iyalah, sudah hampir 10 tahun atau saudari terlupa tentang hidangan ikan salmon pada Februari 2025?
Tambahnya lagi, pendakwah itu mendakwa model tersebut tidak tahu membezakan dan terlupa hidangan ayam yang dijamahnya adalah haiwan sembelihan.
Atau bagi Thanuja, makan ayam dan ikan tu bukannya dibela, tak disembelih dan merasakan kalau dia yang buat tak mengapa tetapi orang muslim sembelih lembu atau kambing ketika Hari Raya Aidiladha itu tak okey?
Atau sebenarnya dia bukan menghidap simptom dementia tetapi kurang kasih sayang (KKS) dan mendambakan perhatian?
View this post on Instagram
Sebelum ini, model tersebut mengakui bahawa emosinya terkesan melihat haiwan disembelih setiap kali musim Hari Raya Aidiladha,
Dia juga terpaksa berhenti menghabiskan masa di media sosial buat masa ini kerana tak sanggup melihat haiwan disembelih.