Melalui platform Instagram, dilihat isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsi keadaan anak tirinya iaitu Thalita yang melecur di bahagian muka dan pergelangan tangan sewaktu membantunya masak di dapur.
Watie akui menggeletar & panik
Melalui ruangan kapsyen hantaran tersebut, Watie meluahkan bahawa dia menggeletar serta panik saat Thalita meraung akibat melecur terkena minyak panas.
Sebabkan inilah yang buat Mummy jarang nak bagi anak-anak tolong mummy masak. Paling-paling mummy suruh tolong basuh pinggan je.
View this post on Instagram
“Thalita ada buat dosa dekat mummy dengan daddy ke, kenapa allah bagi rasa sakit..”
Dedah isteri Shuib, biarpun anak perempuannya itu sedang meraung kerana dalam kesakitan, dia tidak henti-henti bertanyakan kenapa perkara itu terjadi kepada dirinya serta persoalkan jika ada membuat dosa kepada ibu atau bapanya sehingga terjadi insiden itu.
Thalita ada buat dosa dengan mummy ke, Thalita ada buat dosa dengan Daddy ke, Thalita anak yang baik kan Mummy. Kenapa Allah bagi Thalita rasa sakit ni Mummy. Thalita ada sakitkan hati sesiapa ke mummy.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai dan dapat dilihat netizen kebanyakannya meninggalkan tips untuk menyembuhkan luka akibat terkena minyak panas di ruangan komen hantaran itu.