Thalia Mentor ‘Mengigil’ Baca Komen Fitnah, Nama Kena ‘Petik’ Selebriti Ditangkap Khalwat Bersama Suami Orang

Hiburan

Thalia Mentor ‘Mengigil’ Baca Komen Fitnah, Nama Kena ‘Petik’ Selebriti Ditangkap Khalwat Bersama Suami Orang

Bekas peserta program Mentor musim ke-4, Thalia Rasul tampil bersuara setelah namanya ‘dipetik’ sebagai selebriti yang ditangkap khalwat bersama lelaki berstatus suami orang baru-baur ini.

Ditemui media, Thalia berkata dia ‘mengigil’ apabila membaca komen netizen yang mengaitkan dirinya dengan selebriti wanita itu.

Advertisement

Tangan saya mengigil apabila membaca komen buruk orang memfitnah saya.

Saya pula sebelum ini memang ada masalah kemurungan dan disebabkan fitnah, masalah itu hampir kembali.

Difahamkan, Thalia juga telah melantik peguam susulan daripada kes itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika perkara itu semakin melampau.

Tambahnya lagi, anak perempuannya turut terkesan apabila menangis melihat komen-komen yang dilemparkan terhadap ibunya itu.

Anak saya menangis selepas baca perkara buruk membabitkan nama syaa. Sebagai ibu, saya tak suka lihat anak saya sedih, kerana itu saya terpaksa bersuara di Instagram.

Terdahulu, seorang penyanyi dilaporkan telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki berstatus suami orang pada malam Selasa lalu.

Berikutan itu, nama Nadeera Zaini turut terpalit sama namun dinafikan pegawai JAIS dan pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Acap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penyanyi ditangkap khalwat dengan suami orang dah ada anak
4 days ago

Penyanyi Ditangkap Khalwat Dah Ada Anak, Pernah Beberapa Kali Gagal Dalam Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...