Thailand Rancang Mahu Lanjutkan Perintah Darurat Kepada Sebulan Lagi

COVID-19

Thailand Rancang Mahu Lanjutkan Perintah Darurat Kepada Sebulan Lagi

Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai. Ini adalah sebagai usaha negara itu mengekang gelombang kedua COVID-19 yang dijangka melanda negara itu.

Sebelum ini juga, Korea Selatan yang telah kembali membuka semula ekonomi dan persekolahan mereka kini dilanda gelombang kedua pandemik itu. Korea Selatan kini berhadapan dengan peningkatan kes harian di mana gelombang kedua ini dijangka akan berlanjutan selama beberapa bulan.

Advertisement

Baca: Korea Selatan Kini Dilaporkan Menghadapi Gelombang Kedua COVID-19

Walaupun Thailand kini merekodkan hari ke-31 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jeneral Somsak Roongsita berkata keadaan di seluruh dunia tetap menjadi kebimbangan.

thailand

Mengikut perancangan awal, Thailand dijangka akan kembali membuka pusat hiburan dan sekolah bermula 1 Julai yang merupakan kawasan berisiko penularan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengawal secara berkesan serta mencegah penularan wabak itu sekali lagi dalam negara ini. Namun, pelaksanaan untuk melanjutkan perintah darurat berkenaan perlu mendapat kelulusan Kabinet pada Selasa depan. Sebelum ini, perintah darurat dirancang akan berakhir pada 30 Jun.

Setakat ini, Thailand telah melanjutkan tiga kali perintah darurat.

thailand

Thailand sebelum ini menjadi negara pertama di luar China yang mencatatkan kes COVID-19. Negara itu mula menjalankan perintah darurat pada 26 Mac yang lalu kemudian diikuti fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei, diikuti fasa kedua pada 17 Mei, fasa ketiga (1 Jun) dan fasa keempat (15 Jun) serta fasa kelima dan terakhir pada 1 Julai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...