Thailand Guna Daun Pisang Ganti Plastik Di Pasar Raya

Kehidupan

Thailand Guna Daun Pisang Ganti Plastik Di Pasar Raya

Pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada produk berasaskan plastik dikhuatiri meningkat pada kadar yang amat membimbangkan.

Berbeza dengan sifat sisa bahan bukan organik lain, plastik mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula jadi. Bergantung kepada komposisi dan struktur kimianya, ada jenis plastik yang mengambil masa sehingga 400 tahun untuk terurai.

Advertisement

Menurut South China Morning Post, pasar raya di Thailand menggunakan daun pisang sebagai pengganti kepada pengunaan plastik.

Daun pisang yang digunakan adalah hasil daripada ladang di sana bagi menggantikan pengunaan plastik yang mencemarkan alam sekitar.

Pengunaan daun pisang berbanding plastik bagi tujuan pembungkusan sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Daripada gambar yang dilihat mereka hanya menggunakan sedikit plastik untuk label pada bungkusan jualan sahaja.


Pasaraya di sana hanya menggunakan daun pisang untuk membalut sayuran dengan sekeping buluh. Daun pisang adalah satu alternatif yang hebat menggantikan plastik kerana daunnya bersaiz besar, tebal dan cukup kenyal untuk dilipat.

Bagi negara tropika, daun pisang boleh didapati dengan mudah secara percuma bergantung kepada kuantiti yang diperlukan. Manakala, untuk negara yang tidak mempunyai pokok pisang, penggunaan daun pisang lebih mahal harganya berbanding plastik.

Dengan itu, untuk negara-negara seperti ini mereka boleh menggunakan produk ‘biodegradable’ sebagai alternatif.

Trend ini telah tular sehingga ke seluruh Asia. Pasaraya di Vietnam dan Indonesia juga sudah mula menggunakan pembungkusan mesra alam ini di negara mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, setiap tahun 9 juta plastik dihasilkan di seluruh dunia. Hanya 9% plastik berjaya dikitar semula.

Dunia melihat pencemaran plastik di lautan sebagai suatu isu besar yang membahayakan hidupan laut serta kesannya kepada kesihatan manusia.

Hidupan laut di dunia pada masa hadapan seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba akan pupus suatu hari nanti kerana pencemaran plastik di laut semakin meningkat.

Diharapkan Malaysia juga dapat menggunakan daun pisang sebagai pengganti plastik agar bumi terjaga.

Sumber: South China Morning Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...