Thailand Benarkan Penggunaan Ganja Bagi Tujuan Perubatan

Trending

Thailand Benarkan Penggunaan Ganja Bagi Tujuan Perubatan

Banyak pihak berpendapat bahawa ganja merupakan dadah yang membahayakan kesihatan dan patut diharamkan. Ada juga yang berpendapat ia tidak berbahaya dan memberi manfaat yang bagus dalam perubatan.

Thailand merupakan negara yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia dalam penggunaan dadah, hari ini telah mengemparkan dunia dengan membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan penyelidikan dan perubatan.

Advertisement

Dengan kelulusan penggunaan ganja dalam perubatan ini ia bagaikan hadiah Tahun Baharu kepada kerajaan dan rakyat Thailand.

Penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan rekriasi sudah lama dibenarkan di negara seperti Colombia dan Kanada.

Manakala bagi sesetengah negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura penggunaan dan penyeludupan ganja adalah haram dan boleh dikenakan hukuman mati.

Manfaat Ganja

Mana-mana ubat di dunia ini mempunyai kesan baik dan buruk sama juga seperti ganja, ia juga mempunyai kesan baik dan buruk. Ganja boleh menyembuhkan beberapa penyakit seperti menambah selera makan, penawar kepada kanser, dapat mencegah penyakit parkinson, dapat mengubati radang usus, ganja juga diambil sebagai ubat penenang, ia juga dipercayai dapat melambatkan penyakit alzheimer dan meredakan kekejangan otot.

Kesan Buruk Akibat Penggunaan Ganja 

Selain daripada dapat mengubati dan mencegah beberapa penyakit seperti di atas, ganja juga mempunyai kesan sampingan kepada penggunanya iaitu, seseorang yang menghisap atau menggunakan ganja ini bakal berhadapan dengan masalah ketagihan. Ada juga yang selepas menghisap ganja berasa ‘paranoid’. Miskin pun boleh mengubati penyakit sepeti parkinson dan radang usus pengguna ganja juga dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan jantung. Selain itu ia juga boleh menyebabkan masalah paru-paru, Halusinasi, kurang daya ingatan dan sakit jiwa.

Walaupun ganja dihalalkan di Thailand janganlah menggunakan ia sebagai alasan untuk terus sentiasa khayal dengan keasyikkan dunia. Ganja ini ada baik dan buruknya dan jika penggunaan untuk perubatan ia mungkin boleh membantu menyembuhkan penyakit tetapi jika disalahgunakan mungkin bakal merosakkan badan anda.-amazingnara.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...