TH Umum Tiada Pakej Haji Dan Badal Haji Tahun Ini

Kehidupan

TH Umum Tiada Pakej Haji Dan Badal Haji Tahun Ini

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana pakej haji dan badal haji yang ditawarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, ia kerana keputusan Kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan jemaah negara luar termasuk Malaysia menunaikan haji di Tanah Suci itu.

Advertisement

Tambah beliau, penangguhan berkenaan dibuat susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat pengumuman rasmi yang diperoleh dari Kerajaan Arab Saudi semalam.

“Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H/2021M dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja”.

“Ini berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan. Bagi rakyat Malaysia yang berada di sana, mereka boleh memohon melalui Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini. Ia tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Bagi bakal haji yang gilirannya pada tahun ini (2021), mereka akan turut diberi peluang pada tahun hadapan, namun ia tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa”.

Ibadah haji dibatalkan tahun ini.

Amrin juga memohon kepada semua bakal haji untuk bersabar dan menerima keputusan dengan reda serta berdoa supaya keadaan pulih dan urusan haji pada tahun hadapan berlancar lancar.

Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di 03-62071919.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...