TH Umum Agihan Hibah 1.25%

Trending

TH Umum Agihan Hibah 1.25%

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25% membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Advertisement

Manurut BH, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

“Dalam menzahirkan komitmen ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

“Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lalu.

“Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat. Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan,” katanya ketika Pengumuman Hibah bagi Tahun 2018 di sini, hari ini.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...