Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 18 Mac ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan awam bagi tempoh dua minggu ini. Malah, kebanyakan syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan operasi mereka buat sementara waktu ini.
Bagi memberikan kerjasama pada perintah baru ini, dua pawagam utama negara iaitu TGV Cinemas dan GSC Cinemas mengambil keputusan untuk menghentikan operasi mereka untuk sementara waktu. Notis henti operasi selama dua minggu itu turut dikongsikan di laman media sosial mereka.
View this post on Instagram
Dear Malaysians, here’s an important announcement. Take care, and be strong. #GSCLoveYou3000 ?
Bagi mereka yang telah memberi tiket secara atas talian akan menerima pulangan bayaran semula dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala mereka yang sudah membeli tiket di kaunter boleh menyimpannya sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat untuk mendapatkan bayaran semula.
Penutupan operasi ini adalah selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Di dalam pengumuman itu, semua premis kerajaan dan swasta diarahkan tutup kecuali yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara.
Dengan penutupan dua wayang negara ini pastinya akan memberikan kesan kepada industri perfileman terutamanya filem-filem yang bakal ditayangkan. Tetapi adalah lebih penting untuk orang ramai mengutamakan kesihatan diri bagi menghentikan penularan waban COVID-19 di seluruh negara.
Artikel berkaitan: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini