TGV Cinemas Akan Menayangkan Lima Buah Filem P.Ramlee Bersempena Hari Kemerdekaan Ini

Trending

TGV Cinemas Akan Menayangkan Lima Buah Filem P.Ramlee Bersempena Hari Kemerdekaan Ini

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama sahaja lagi, TGV Cinemas bakal melancarkan kempen “The Gemilang Vibes” demi menyemarakkan nilai patriotik dalam rakyat Malaysia. Menerusi kempen ini, TGV Cinemas akan menayangkan lima buah filem melayu klasik P.Ramlee di pawagam terpilih.

Advertisement

Antara filem yang akan ditayangkan ialah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga. Ini pastinya peluang untuk anda mengembalikan semula memori anda bersama nostalgia filem klasik disamping keluarga dan rakan-rakan. Bila lagi anda nak dapat saksikan filem P.Ramlee ditayangkan di pawagam kan?

poster filem p.ramlee
Tayangan istimewa itu akan bermula pada 24 Ogos sehingga 16 September ini sempena Hari Malaysia. Tetapi hanya beberapa pawagam terpilih sahaja yang akan melakukan tayangan ini dan antaranya di TGV KLCC, Sunway Putra, D’Pulze, AU2, Bukit Indah, Station 18 dan Gurney Paragon.

Tak payah buang masa lagi. Hujung minggu ini bawa ibu bapa, atuk, nenek anda ke pawagam terpilih untuk menyaksikan tayangan ini. Mereka pun pasti teruja untuk menonton aksi P.Ramlee di dalam filem klasik ini. Sebarang maklumat boleh layari laman sesawang TGV Cinemas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...