Tetapkan Suhu 24 Hingga 26 Darjah Celsius Antara Cara Efektif Jimat Elektrik Pada Musim Panas

Kehidupan

Tetapkan Suhu 24 Hingga 26 Darjah Celsius Antara Cara Efektif Jimat Elektrik Pada Musim Panas

Baru-baru ini, cuaca panas yang melanda negara telah mengehadkan pergerakan orang ramai dan tidak boleh berada terlalu lama di bawah terik matahari.

Ia juga telah menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi kerana penggunaan penyaman udara yang kerap dan berterusan.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, TNB berkata kompresor sistem penyejuk untuk barangan elektrik perlu bekerja lebih kuat bagi mengekalkan suhu yang sentiasa sejuk ketika musim panas melanda negara.

penghawa dingin musim panas

“Penggunaan elektrik dapat dijimatkan jika penggunaan penyaman udara dapat dioptimumkan dengan menetapkan suhu penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah Celsius dan menutup tingkap dengan langsir yang tebal supaya haba tidak masuk”.

“Senggaraan terhadap penyaman udara secara berkala pula dapat memastikan ia berfungsi dengan lebih efisien dan menjimatkan”.

Dalam masa yang sama, TNB memaklumkan penggunaan elektrik bagi negeri di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 18,035 (MW) pada 2 Mac 2021 berbanding 17,501 (MW) pada Februari dan 16,585 (MW) pada bulan Januari.

penghawa dingin

“Untuk rekod, penggunaan elektrik tertinggi direkodkan negara adalah 18,808 MW pada 10 Mac 2020, lapan hari sebelum PKP mula dilaksanakan”.

Selain itu, pengguna yang merancang untuk membeli peralatan elektrik yang baharu dinasihatkan untuk membuat pilihan berdasarkan label Kecekapan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

“Pengguna juga boleh membuat kiraan penggunaan perkakas elektrik menggunakan kalkulator tenaga di rumah (Home Energy Calculator) di laman web rasmi myTNB “.

Beliau berkata demikian sambil menambah anggaran pengiraan barangan elektrik berdasarkan keadaan peralatan yang berfungsi dengan baik.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...