Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang

Hiburan

Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang

Seakan mengikut arus semasa apabila terlalu banyak kes yang membabitkan kaum adam kini dikhabarkan semakin curang dengan para wanita, pelakon Yatt Hamzah tampil berkongsi tip yang boleh dilakukan golongan isteri andai suami berlaku curang.

Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang

Advertisement

Menurut Yatt, mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan setiap isteri perlu bijak dalam sesuatu perkara supaya tiada berita tidak sedap didengar berlaku dalam rumah tangga.

Oleh itu, Yatt khabarnya tidak segan berkongsi 5 tip yang boleh diikuti para isteri menerusi ilmu yang beliau peroleh daripada guru-guru yang bertauliah.

1) Berhenti tuding jari!

Paling penting dalam kes curang, jangan cari silap pasangan! Ramai lelaki yang berlaku curang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, sebaliknya mula menunding jari kepada pasangan. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk lelaki berlaku curang. Sebaiknya bermuhasabah diri.

2) Bersemuka

Memendam rasa bukanlah jalan penyelesaian. Lebih baik bersemuka dengan pasangan untuk cari penyelesaian. Memendam rasa hanya menjadikan keadaan lebih rumit sehingga boleh mengundang depresi. Ingat, hanya bersemuka dengan suami bukan dengan scandalnya! Be prepared & stay calm. Jangan beremosi.

Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang 3) Apa yang boleh dimaafkan?

Setiap individu ada limitasi dalam menghadapi sesuatu isu. Melampau bagi anda, mngkin tak kepada orang lain. Setiap orang ada prinsip tersendiri tentang kemaafan. Ada isteri yang langsung tak boleh terima jika suami keluar dengan wanita lain biarpun hanya seorang kawan. Tapi ada juga yang tak kisah asalkan inform lebih awal. Jadi bincang sama-sama krisis yang terjadi, teliti dan dalami apa yang boleh dimaafkan, apa yang tidak.

4) Tetapkan peraturan

Jika isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dan si dia. Contohnya, dia tidak boleh lagi menetapkan kata laluan di telefon bimbit, memaklumkan ke mana tujuannya jika mahu pulang lewat malam atau minta dia bawa anda bersama jika ada apa-apa acara di luar.

Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang5) Beri peluang kedua 

Hanya anda yang boleh menilai sama ada boleh beri peluang kedua kepadanya atau tidak. Jika rasa berbaloi, pastikan dia benar-benar faham bahawa tiada lagi peluang ketiga atau keempat untuknya. Ingat, ‘Fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me!’

Sekadar informasi, Yatt selamat bergelar isteri juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit, Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang

Dalam perkahwinan kedua Yatt ini, beliau dan pasangan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha. Manakala, untuk perkahwinan pertamanya sebelum ini, Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika yang kini telah berusia 9 tahun hasil perkahwinan bersama Abdul Mutalib Shukor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...