Bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah menyambut hari kelahiran putera sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel yang ke-19 dengan luahan hati yang penuh emosi serta kerinduan.
Tidak pernah lupakan Abdul Wakeel
Walaupun mereka berdua sudah lama tidak bertemu, tetapi Azrinaz tetap mengingati tarikh istimewa itu, di mana merupakan hari yang tidak akan dilupakan buatnya.
Melalui satu hantaran di Instagram, bekas personaliti televisyen itu berkongsikan bahawa tarikh kelahiran Wakeel tidak pernah sekali dilupakan olehnya serta meluahkan rasa rindu yang teramat.
View this post on Instagram
Katanya, mana mungkin seorang ibu melupakan rasa sakit melahirkan zuriatnya, apatah lagi melupakan senyuman serta gelak tawa yang menghiasi rasa sepi di ruang rumah.
Doa dipertemukan satu hari nanti
Biarpun hanya dapat memerhati dari jarak yang jauh, Azrinaz tidak pernah berhenti berdoa serta berharap akan bertemu dengan anak lelakinya itu satu hari nanti.
Walau apa pun yang telah berlaku di masa lalu, pintu hati saya akan tetap terbuka luas untuk anak-anak. Saya tidak mampu mengubah apa yang telah hilang tetapi akan tetap simpan harapan bahawa takdir akan menemukan kita kembali dalam lembaran hidup lebih lembut.
Sekadar info, sebelum ini Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun.