Tetap Layan Peminat, Netizen Simpati Lihat Keadaan Terkini Syamsul Yusof, – “Muka Serabut, Makin Kurus”

Hiburan

Tetap Layan Peminat, Netizen Simpati Lihat Keadaan Terkini Syamsul Yusof, – “Muka Serabut, Makin Kurus”

Meskipun namanya sering menjadi cemuhan netizen di media sosial sejak kebelakangan ini, pengarah Syamsul Yusof dilihat tetap bersemangat meneruskan projek filem terbaru arahannya yang berjudul The Original Gangster.

Namun begitu, satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mengundang komen simpati warga maya apabila Syamsul didakwa seperti serabut dan semakin kurus.

Advertisement

Syamsul dalam video yang menjadi perbualan hangat netizen itu tetap melayan mesra peminat yang mahu bergambar dengan dirinya.

BACA: “Dia ‘Tapau’ Semua..” – Dr Zulkifli Al-Bakri Titip Pesanan ‘Khas’ Buat Syamsul Yusof, Keluarga Dan Netizen

Antara komen yang ditinggalkan netizen adalah seperti perubahan fizikal Syamsul yang dilihat semakin kurus dan wajahnya yang dilihat tidak tenang.

@maznieymazlan

Membalas kepada @ainimzaki tetap tersenyum?? #syamsulyusof

? suara asli – Sam Doremi – ??? ??????

Tengok air muka dia pun nampak dalam masalah. Harap ada jalan penyelesaian diorang ni. Tak nak dia bercerai.

Besar dugaan sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam masalah dia pendam. Sedih pula tengok.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Syamsul dipermudahkan urusan dan menemui cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya pada ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...