Usahawan dan pempengaruh yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Hafiz Mahamad sekali lagi menerima kritikan ramai warganet selepas dia memuat naik video terbaru.
Menerusi rakaman itu, Hafiz seperti biasa membuat voice over namun kali ini dia bercakap tentang guru sekolahnya yang turut mengikuti rombongannya ke umrah kali ini.
Taknak cikgu rasa kecewa
Kata Hafiz, ketika dirinya dikecam perkara paling utama difikirkan adalah sama ada dia telah membuatkan ibu bapa, isteri dan gurunya kecewa.
Namun, selepas menghantar mesej kepada cikgu Linda itu Hafiz terkejut kerana guru yang disangka terluka sebaliknya telah memberikannya kata-kata positif dan menasihatinya.
Menerusi video itu juga, Hafiz turut menunjukkan dia meminta maaf serta berterima kasih kepada semua pihak yang memberinya teguran sebelum ini seperti Dr Zulkifli AlBakri.
View this post on Instagram
Tak faham ke?
Bagaimanapun, video tersebut sekali lagi menerima kritikan ramai warganet yang berpendapat Hafiz tidak serik dan tidak faham apa yang dikritik oleh masyarakat sebelum ini.
Ko masih tak faham lagi dik. Lapangkan dada dan terima je salah. Tak payah bagi berjuta alasan dan asyik nak tegakkan benang basah.
Dalam pada itu, ada yang berkata Hafiz sepatutnya cukup sekadar meminta maaf dan move on sahaja tanpa perlu merakamkan content susulan.
Malah ada yang tertanya tentang individu yang menyunting video itu mempunyai banyak masa terluang untuk menyiapkan content tersebut.