Tetap Dengan Prinsip Enggan Lakonkan Babak Bersentuhan – Ashraf Muslim

Hiburan

Tetap Dengan Prinsip Enggan Lakonkan Babak Bersentuhan – Ashraf Muslim

Meletakkan syarat untuk tidak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita, Ashraf Muslim tetap bertegas dengan prinsipnya itu biarpun tawaran berlakon terjejas.  Walaupun namanya tidak popular disebabkan hal itu, Ashraf menganggap ia adalah salah satu dugaan bergelar anak seni.

Advertisement

Sebagai pelakon, dugaan dalam karier seni tetap ada bila kita meletakkan syarat tertentu kepada produksi. Bila letak syarat menolak babak bersentuhan dengan artis wanita, watak yang ditawarkan juga agak terbatas. Namun, saya tetap berpegang dengan prinsip itu sampai sekarang.

Pada pandangan saya, pengarah tidak perlu memaparkan babak suami isteri ‘satu selimut atas katil’ kerana semuanya boleh dilakukan dengan teknik pergerakan kamera yang memainkan peranan penting.

Baguslah Ashraf tidak pernah putus semangat dan bersedia dengan setiap dugaan apabila mempertahankan prinsipnya itu. Benar kata Ashraf, tidak perlu babak yang melampau untuk menghidupkan lagi watak ataupun membuatkan sesuatu babak itu lebih menarik. Apa pendapat korang?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...